Jika Hidung Berdarah, Lakukan Ini

Obatsehat.coKejadian seperti ini bukanlah jarang untuk kita temui. Di mana-mana bisa terjadi. Sama ada kepada anak kita sendiri, anak murid di sekolah atau sesiapa sahaja.

Nak buat macam mana? Dongakkan kepala supaya darah berhenti? Atau masukkan daun sireh untuk hentikan pendarahan?

Nasihat saya, jangan lakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Ikut 10 langkah di bawah :

1. Bertenang. Elak lakukan tindakan terburu-buru. Cuba cari bantuan orang sekeliling. Ingat pesanan saya seterusnya selepas ini.

2. Tunduk. Ini langkah pertama MESTI dibuat. Saya ulang, jangan dongakkan kepala ke atas. Darah yang keluar akan terus mengalir ke bahagian belakang hidung dan berisiko masuk ke paru-paru. Ini lebih bahaya.

3.Picit bahagian luar hidung anda. Tekan dan compress selama 15-20 minit. Jangan hentikan. Jika tak ada sebarang kain disekitar anda, lakukan dengan menggunakan Ibu jari dan jari telunjuk anda.

4.Ulang kembali langkah nombor tiga sekiranya pendarahan sudah mulai perlahan. Ketika ini anda hanya perlu bernafas melalui mulut.

5.Letakkan ais di bahagian dahi. Ini bagi membantu pendarahan daripada hidung untuk dikawal. Cuba dapatkan bantuan daripada orang sekeliling.

6.Sekiranya pendarahan masih aktif dan tidak ada tanda-tanda ia akan berhenti. Kekalkan posisi ini dan segera menuju ke hospital terdekat. Nasihat saya, terus ke unit kecemasan di hospital. Bantuan kecemasan yang perlu akan dilakukan.

7. Apa doktor akan lakukan di hospital? Di hospital, doktor akan memeriksa keadaan klinikal pesakit. Pesakit akan dipastikan di dalam keadaan stabil.

8.Pendarahan dari hidung akan dihentikan dengan beberapa cara di dalam keadaan kecemasan. Kami boleh melakukan ‘anterior nasal packing’ atau ‘posterior nasal packing’ bergantung kepada lokasi pendarahan.

9. Kebiasaannya pendarahan akan berhenti selepas prosedur ini dilakukan. Kemudian doktor akan memeriksa keadaan pesakit. ‘Nasal packing’ ini akan dibuang selepas 24 ke 48 jam bergantung pemeriksaan klinikal.

10. Jangan cuba-cuba masukkan apa-apa objek ke dalam hidung. Jangan masukkan air ke dalam hidung. Ini hanya akan menyebabkan pendarahan tidak akan berhenti. Lakukan langkah di atas dan terus bawa ke hospital.

Semoga nasihat ini berguna untuk kalian. Jangan lupa #KONGSI kepada orang yang anda sayang. Semoga lebih ramai mendapat manfaat nanti.

sumber:   https://www.facebook.com/DrEzairyM.Sallih/ 
Dr Ezairy M.Sallih 
Doktor telinga, hidung & tekak

Belum ada Komentar untuk "Jika Hidung Berdarah, Lakukan Ini"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel